22 September 2009

MTQM POHON SUMBANGAN ORANG RAMAI

PENGENALAN

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi (MTQM) merupakan Maahad Tahfiz yang diusahakan secara sukarela dan profesional (non-profit marketing) anak tempatan untuk memartabatkan Al-Quran dengan menjadikannya sebagai satu pusat pengajian dan penghafalan al-quran seterusnya melahirkan para huffaz dan ulama’ yang wibawa, bertaqwa dan berakhlak mulia.

Bangunan MTQM yang telah dibina pada September 2003 mengandungi sebuah pejabat, bilik guru, dewan, surau, kantin, kedai koperasi dan 8 kelas pengajian. MTQM telah mula beroperasi pada awal 2004 dengan pengambilan pelajar sulung seramai 12 orang pelajar.

Bilangan pelajar mula meningkat dari tahun ke setahun dan sehingga sekarang MTQM mempunyai seramai 50 orang pelajar. Dan dalam masa 5 tahun kami menguruskan MTQM ini, kami telah berjaya melahirkan lebih 10 orang pelajar yang berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran.

CADANGAN MEMBINA SEBUAH BANGUNAN ASRAMA

Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah dari masa ke semasa, maka pihak MTQM bercadang untuk membina sebuah bangunan 2 tingkat yang boleh menempatkan seramai 120 orang pelajar bagi jangka masa akan datang. Selama ini para pelajar terpaksa ditempatkan buat sementara waktu di empat buah kelas pengajian di dalam bangunan pentadbiran maahad.

Perbelanjaan untuk membina bangunan tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 450,000.00 ( Ringgit Malaysia Empat Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja).

Oleh yang demikian, saya bagi pihak Lembaga Jemaah Pengurusan MTQM menyeru kepada Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan apalah kiranya dapat menghulurkan sumbangan dan derma untuk menjayakan cita-cita murni kami ini.

PENUTUP

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 261 bermaksud

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, dan tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya”

Sumbangan tuan/puan itu bolehlah dibuat secara tunai, cek, money order, masukkan terus ke akaun atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi ke dalam akaun Bank Islam (Malaysia) Berhad: 01-023-01-003778-2.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan kami berdoa semoga Allah akan membalas dengan balasan yang berlipat kali ganda di atas sumbangan dan derma tuan/puan. Amin Ya rabbul Al-amin.
Baca lagi...