JOHOR BAHRU : Isteri Pesuruhjaya PAS negeri, Datin Norain Abd Wahid menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditahan sejak enam bulan lalu.
Mereka ditahan di bawah ISA kerana didakwa terbabit dengan Jemaah Islamiah (JI) terdiri dari Sulaiman Bohari, 45, Shamsuddin Hussin, 45 dan Ab latif Omar, 52 telah ditahan serentak pada 25 Jun lalu.
Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Dr. Mahfodz Mohamed bersama pemimpin PAS negeri telah mengunjungi keluarga terbabit di Kampung Sungai Tiram, dekat sini 10 November lalu.
Isteri tahanan ISA yang diziarahi ialah Hasnah Hussin, Fauziah Ahmad dan Normah Misbah.
Mereka turut melahirkan kekecewaan dengan penahanan suami masing-masing yang tidak melakukan sebarang kesalahan.
(Harakah 3-5 Zulhijah 1430 / 20-22 November 2009, N24)
Baca lagi...
19 November 2009
10 November 2009
UCAPTAMA DATO’ SERI PRESIDEN PAS
UCAPTAMA DATO’ SERI PRESIDEN PAS
SEMINAR KHAS MEMPERKASAKAN PARTI (PAS)
19hb Zulkaedah 1430 / 07hb November 2009
Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur
Muqaddimah
Memperkasakan Parti, Mendepani Kemenangan Pilihanraya Umum Ke-13.
Firman Allah (maksudnya) :
“Wahai orang-orang yang beriman!!! Barang siapa yang menyeleweng di kalangan kamu daripada agama-Nya (Islam), nescaya Allah akan mendatangkan satu golongan di mana Allah mengasihi mereka dan mereka juga mengasihi Allah, mereka bersifat merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kemuliaan terhadap orang-orang yang menentang Islam, mereka berjihad pada jalan menegakkan agama Allah, dan mereka tidak takut menghadapi celaan orang yang mencela, itu adalah kurniaan Allah yang diberi kepada sesiapa yang dikehendakin-Nya, dan Allah maha luas kurniaannya lagi maha mengetahui.”
“Sesungguhnya yang menjadi wali kamu ialah Allah, Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka sentiasa tunduk (patuh dan taat) kepada Allah, dan barang siapa yang berwalikan Allah dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman maka sesungguhnya golongan (parti) yang menegakkan agama Allah (Islam) itu akan mendapat kemenangan.”
(Surah Al-Maidah : ayat 54-56)
Penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak separuh abad yang lalu, adalah memenuhi perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mewajibkan kesinambungan risalah Islam yang syumul, serta mewujudkan kumpulan Islam yang bercirikan daripada ayat-ayat tersebut.
1. Menegakkan Islam yang menyeluruh, yang menjadi risalah para Rasul ‘Alaihimussolatu Wassalam, berakhir dengan kedatangan nabi akhir zaman Muhammad S.A.W yang wajib diikuti dan diteladani dalam semua marhalah, ‘aqidah, syari’at dan akhlak. Mengislamkan individu, masyarakat dan Negara dalam segala aspeknya.
2. Mewujudkan saf kumpulan Islam yang teguh, bercirikan keteguhan ukhuwwah di kalangan pendokong Islam dan umatnya, serta ‘izzah dalam menghadapi musuh-musuh Islam dan kerenah penganut Islam yang jahil dan lemah, tanpa putus asa, takut dan hina.
3. Sedia berjihad secara faham dan bijak (Fiqhul Jihad), menegakkan Islam sehingga berkuasa dan mengatasi segala yang lain.
4. Wala’ kepada Allah, Rasul dan kepimpinan Islam yang berwibawa.
Memperkasa Parti
Kewajipan menegakkan Islam yang penuh cabaran, bukan sahaja ke arah mencapai kemenangan, dalam masa yang sama mempunyai persediaan mengisi kemenangan dan melangsungkan perjuangan berikutnya, melalui agenda parti yang tersendiri bagi memperkasakan parti dengan sifat-sifat parti Islam megikut acuan kita yang sangat berbeza dengan kumpulan dan pertubuhan yang lain. Walaupun mereka bersifat Islam, tetapi tidak sampai kepada penghujung yang memaksa berdepan dengan cabaran yang datang dari segenap penjuru. Tentangan daripada masyarakat yang jahil dan bermusuh dengan kita, serta pihak yang memegang tampuk pemerintahan, kebiasaannya tidak dapat memberi jalan percuma kepada Islam. Keadaan ini menjadikan PAS mengalami fitnah dan mehnah perjuangan yang tidak dialami oleh rakan-rakan yang lain, tanpa menafikan bahawa semua kumpulan Islam dan pendokongnya, di mana sahaja mereka berada, adalah sahabat seperjuangan.
Parti Islam seperti PAS wajiblah memperkasakan setiap ahli di semua peringkat dan organisasi parti secara dalaman, bercirikan perintah Allah yang tersebut di atas. Dalam masa yang sama wajib mengatur langkah dan strategi perjuangan sebijak mungkin, khususnya bagi pendokong yang memerlukan kekuatan ‘aqidah, ilmu, akhlak dan kebijaksanaan. Dalam merealisasikan kewajipan berpolitik dan bermasyarakat, hendaklah mempunyai kemampuan mengajak manusia kepada Islam dengan menjadi penganutnya dan mengajak bukan Islam menjadi penyokongnya yang menerima kita kerana keyakian kepada Islam yang adil untuk semua.
PAS mempunyai jentera disemua peringkat yang wajib menjadi rujukan ahli pendokongnya.
1. Majlis Syura ‘Ulamak yang memelihara istiqomah parti di atas ‘aqidah perjuangan dan syari’atnya supaya Islam itu sahaja yang menjadi keperkasaan yang membawa kejayaan dan kemenangan.
Firman Allah (maksudnya) :
“ ..dan kemuliaan itu kepunyaan Allah dan bagi Rasul-Nya dan jua orang-orang yang beriman, tetapi mereka yang munafiq tidak mengetahuinya..” (Surah Al-Munafiqun : ayat 8)
Khalifah ‘Umar Radhiyallahu ‘anhu mengaskan : “Kita adalah umat yang Allah kuriakan kemuliaan dengan Islam, maka apa cara sekalipun yang dipegang dan diamalkan lain daripada apa yang Allah kurniakan kepada kita, nescaya kehinaanlah yang akan menimpa kita..”
2. Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja di semua peringkat yang akan menjadi jentera pentadbiran dan gerakkan parti, menjadi kepimpinan yang berwibawa, perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kematangan, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Mereka yang menjadi pilihan di masa jahiliyah menjadi pilihan juga apabila bersama dengan Islam sekiranya berilmu dan faham (tentang Islam)” ( Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Khalifah ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu menegaskan : “Jadilah orang yang memahami (faqih dan berilmu) sebelum kamu menjadi pemimpin”
Feqah itu merangkumi segala bidang Islam termasuk juga Fiqh Politik (Fiqhu Siyasah)
3. Pembahagian mengikut Lajnah yang dibahagikan secara bidang masing-masing dengan menyeluruh menuju semua sasaran dalam masyarakat di semua peringkat dan pentadbiran mengikut susunan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan di kebanyakan daerah di seluruh Negara, yang perlu dimantapkan dengan pengukuhan organisasi yang berperanan, wala’ kepada parti dan perlu aktif menjadi jentera yang berdakwah dan berkempen.
Firman Allah Ta’ala (maksudnya) :
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang pada jalannya dalam satu saf laksana bangunan yang didirikan daripada batu-bata yang disusun rapi dan diikat dengan sekuat-kuatnya” (Surah As-Saff : Ayat 4)
Pencapaian
PAS menjadi parti yang paling berpengalaman dalam sejarah politik tanah air. Berjuang sejak zaman penjajah, melahirkan pemimpin yang tidak pernah tunduk kepada penjajah. Oleh kerana mengambil kira kemerdekaan yang dicapai dengan ciri-ciri penjajahan yang masih mengikat Negara dan rakyatnya atas prinsip dan konsep sekularisma yang menyeleweng daripada Islam, memaksa PAS mengharungi perjuangan yang paling banyak memberi pengalaman.
Berdepan dengan sistem demokrasi yang sangat tidak adil, tanpa memberi ruang langsung kepada pertukaran parti yang memerintah dengan berbagai-bagai akta dan undang-undang, namun kita tetap memilih “muwajahah silmiyyah” dengan menyertai pilihanraya dan menentang penyelewengan dan penipuan dengan sabar dan cekal. Walaupun begitu terbukti kita boleh menang melalui pilihanraya yang sebegitu rupa.
PAS menjadi paling berpengalaman, menjadi pembangkang secara bersendirian di peringkat negeri dan pusat, memerintah kerajaan negeri secara bersendirian, menyertai kerajaan campuran dan pernah menyertai Barisan Nasional di semua peringkat dan kembali bersendirian, seterusnya bekerjasama dalam bentuk Angkatan Perpaduan Ummah dan pakatan dengan parti-parti yang lain. Ahli-ahli boleh menerima keputusan pilihanraya dengan sabar dan istiqomah, walaupun memakan masa dan generasi. Maka kita hendaklah belajar daripada pengalaman itu secara positif.
Sekarang PAS mengambil pendekatan “Tahaluf Siyasi” (persefahaman politik), melalui proses yang teguh di atas prinsip dan batas kebijaksanaan yang berlandaskan Al-Quran, Al-Hadith, Al-Ijmak ‘Ulamak dan Qiyas yang nyata dengan pengamatan siyasah syar’iyyah mengikut Perlembagaan PAS. Dengan kelulusan Majlis Syura ‘Ulamak, perlaksanaan oleh jawatankuasa kerja PAS pusat dan jawatankuasa politik yang disalurkan ke seluruh Negara melalui jentera parti yang bergerak dan hidup disemua peringkat.
PAS telah mencapai satu kejayaan yang besar dalam pilihanraya yang lalu :
1. Di peringkat parlimen dengan jumlah yang ketiga besar di kalangan Pakatan Rakyat dengan 23 kerusi.
2. Mendapat tempat pertama diperingkat negeri dengan mengekalkan pemerintahan di Kelantan dengan keadaan yang paling selesa, memimpin kerajaan campuran di Kedah sehingga kini dan Perak dalam masa hampir setahun.
3. Mendapat kerusi di semua negeri kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak.
4. Jumlah terbesar diperingkat negeri ( Dewan Undangan Negeri) 83 kerusi PAS, 70 DAP dan 40 PKR, kerana PAS memilih penumpuan menguasai negeri di peringkat ini. Dengan bacaan politik yang tepat, belum lagi mempunyai tahap kemampuan menguasai kerajaan pusat.
5. Memenangi pilihanraya kecil peringkat negeri dan parlimen kecuali di Bagan Pinang.
6. Berjaya memecahkan tembok pemisahan dengan pengundi bukan Islam, apabila secara langsung ditubuhkan Kelab Penyokong PAS di samping mengadakan Tahaluf Siyasi dengan parti dan kumpulan bukan Islam.
Kesemua pencapaian ini hendaklah dimuhasabah semula kejayaan dan kelemahannya di semua peringkat sama ada kerajaan negeri termasuklah wakil rakyat negeri dan parlimen serta memperkasakan Kelab Penyokong PAS secara yang lebih aktif, bagi meningkatkan lagi kejayaan sehingga ke tahap mencapai kemenangan yang lebih besar.
Memperkukuhkan Penyertaan Dalam Pakatan Rakyat
Hubungan yang kita bina bersama dengan parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat adalah bertitik tolak dari asas persamaan yang semua pihak bersetuju, iaitu memerangi ketidak adilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang sedang bermaharajalela dalam Negara kita. Semua ini berlaku tanpa kita mengorbankan dasar dan matlamat PAS yang sama-sama kita pegang iaitu PAS bergerak atas sifatnya sebagai sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah.
Alhamdulillah, strategi kerjasama dalam bentuk tahaluf siyasi itu berjaya merombak kesombongan yang wujud dalam parti Barisan Nasional, sehingga kini mereka berhadapan dengan keretakan dalam Barisan Nasional sebagaimana yang kita saksikan pada waktu ini.
Dalam membicarakan hubungan PAS dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat ini, ingin saya pertegaskan untuk kesekian kalinya, bahawa kita akan terus bersama dalam Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki. Kita akan memainkan peranan yang lebih aktif, sebagaimana yang telah sama-sama kita bahaskan dalam dua muktamar PAS yang lalu.
Menghadapi Pilihanraya Ke-13
PAS hendaklah membina dan memperkukuhkan lagi kekuatan di atas asas pencapaian pengundi Islam yang menjadi tonggak sebenar kekuatan Islam, dalam masa yang sama hendaklah mendapat undi bukan Islam sebaik mungkin kerana inilah realiti politik dalam negara bermasyarakat majmuk, dan inilah juga pendeatan politik Islam dengan syarat memelihara batas-batas tahaluf siyasi yang diizinkan oleh ‘aqidah, syari’at dan akhlak dengan menjaga sempadan yang memelihara wala’ kepada perjuangan Islam. Sila rujuk sirah penubuhan Negara Islam pertama di Madinah Al-Munawwarah.
Kesimpulan
Melihat dan meneliti semua pencapaian tersebut, maka hendaklah dilakukan penerusan langkah parti mengikut pengamatan semasa yang kita putuskan dalam dua muktamar yang lalu, mengikut muhasabah kepimpinan secara kolektif dengan melaksanakan perkara-perkara berikut :
1. Berdiri di atas kekuatan yang sedia ada dengan mengemukakan Pakatan Rakyat yang dimuhasabahkan sepanjang masa.
2. Menguatkan kedudukan PAS dalam menerajui perubahan dan islah, dengan menguatkan saf parti bersama kumpulan Islam.
3. Keterbukaan mengadakan hubungan dengan semua pihak, yang membawa kepada penyertaan yang memberi kemenangan kepada Islam, mengikut konsep dakwah dan siyasah syar’iyyah.
Abdul Hadi Bin Haji Awang Muhammad
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Baca lagi...
09 November 2009
RESOLUSI SEMINAR POLITIK MEMPERKASA PARTI
RESOLUSI SEMINAR POLITIK MEMPERKASA PARTI
7 November 2009 bersamaan 19 Zulkaedah 1430H.
SEMINAR Politik Memperkasakan Parti menyedari dan memahami bahawa:
i. PAS dan Pakatan telah melepasi ujian setahun setengah mengurus pemerintahan 4 buah negeri dalam penggal parlimen ke-12 ini. Baik-buruk, kejayaan-kegagalan negeri-negeri Pakatan ini telah mula mendapat perhatian umum. Pengiktirafan kejayaan telah pun diktiraf seperti Laporan Ketua Audit Negara 2008.
ii. PAS dan Pakatan mutakhir ini terperangkap dalam kemelut-kemelut yang merosakkan imej dan tanggapan umum terhadap kredibiliti dan kesepaduan Muafakat Politik ini. Benar media BN jahat memainkan isu-isu ini, tetapi PAS/Pakatan wajar menginsafi bahawa punca-sumber laporan-laporan tidak wajar kita salahkan pihak lain sebab kita juga bertanggungjawab.
iii. PAS dan Pakatan sangat-sangat berhajatkan untuk terus memperbaikki “Persepsi” rakyat dan pengundi bahawa Muafakat Politik Pakatan adalah mantap dan matang, bersedia memikul tugasan menjadi Pemerintahan di peringkat Persekutuan bagi membawa Negara ini ke garis prestasi yang lebih berdayasaing, makmur dan sejahtera.
iv. Keutuhan dan kemantapan ukhuwwah dalam saff yang menjadi aset dan anasir kekuatan utama dalam jamaah dan parti telah sedikit terjejas dalam pergolakan mutakhir ini.
Seminar Politik Memperkasa Parti dengan ini merakamkan bahawa:
i. Peri-pentingnya PAS menyerlahkan keupayaan satu kepimpinan parti yang bijak, kompeten dan matang dalam mengurus perbedaan dalam parti dalam semangat musyawarah melalui mekanisme parti secara berkesan.
ii. Pimpinan tertinggi parti wajar melaksanakan tugasan utama pimpinan sebagai ‘ta alluf al-quluub’ yakni mempertautkan ahli-ahli dalam saff yang kukuh.
iii. PAS wajar mengingatkan kepada kepimpinan negeri yang memerintah kerajaan negeri, ahli-ahli EXCOnya yang menganggotai kerajaan negeri-negeri Pakatan yang lain supaya senantiasa memelihara semangat muafakat politik Pakatan dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh dipersepsi sebagai menjejaskan dan memudharatkan keutuhan kerajaan negeri.
iv. PAS wajar segera mempertegaskan kepada semua peringkat keahlian dari kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi bahawa telah dikunci (dengan ketat) segala pintu-pintu perbincangan dalam parti tentang agenda “Kerajaan Perpaduan”.
Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan pimpinan tertinggi parti untuk:
1. Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk mengahadapi PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam memudahkan Pakatan melaksanakan serta menguruskan urusan kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasaan serta semangat setiakawan yang tinggi.
2. Kepimpinan Kawasan yang memiliki penduduk-pengundi bukan Islam yang ramai supaya bertindak dengan lebih agresif untuk mengaktifkan Kelab-kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.
3. Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan maklumat dan penyelidikan (informasi), kemudian menurunkan dan menyalurkan kesemua ini dalam pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti di semua kawasan dan cawangan di seluruh negara.
4. Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa’ dengan KPInya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan pentingnya untuk memugarkan kegiatan Unit ‘Amal dengan mempraktikkan modul yang telah sedia ada.
5. Membuat satu “Pelan Tindakan” bagi menghadapi PRU ke-13, bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada di kalangan orang Islam-Melayu dan memuatkan satu ‘Roadshow Nasional’ bagi menerangkan tema “Pas For All” atau PAS untuk Semua” bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan budaya.

19 Oktober 2009
PERJUANGAN PAS TETAP IKUT PERLEMBAGAAN
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin diminta mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum menuduh PAS yang bukan-bukan termasuk tohmahan kononnya PAS tidak lagi menjadikan negara Islam sebagai wawasan utamanya, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Dato' Dr. Mahfodz Mohamad.
Beliau menegaskan perjuangan PAS tidak pernah berubah sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti iaitu dalam Fasal 5 hingga 7.
Antaranya, tegas beliau, memperjuangkan wujudnya di dalam negeri ini sebuah masyarakat dan pemerintah yang terlaksana di dalam nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hakam menuju keredaan Allah.
"Tak betullah kalau kata PAS menyeleweng daripada dasar Islam walaupun bergabung dengan Pakatan RAkyat, PAS tetap menegakkan hukum-hakam tentang Islam. Maknyanya dia tidak tahu perlembagaan PAS," bidasnya.
Ujar Dr. Mahfodz lagi, PAS akan bersuara jika ada isu-isu yang bercanggah dengan Islam contohnya isu arak di Selangor, PAS Selangor bersuara tentang isu tersebut.
"Walaupun PAs minoriti di Selangor tetapi kita bersuara, kepada kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Keadilan," katanya kepada Harakah.
Beliau berkata, PAS mempunyai perlembagaan sendiri iaitu untuk menyinarkan Islam. Jika Malaysia diterajui oleh PAS nanti, parti itu akan melaksanakan apa yang dijelaskan oleh perlembagaan.
Semasa berucap dalam Persidangan Agung Pemuda UMNO 2009, Selasa lalu Khairy menuduh PAS lari dari asas perjuangan dan menggadaikan prinsip tulen parti tersebut apabila Negara Islam bukan lagi menjadi wawasan utama mereka.
Malah dakwanya PAS tidak lagi garang bersuara, untuk menegur Keadilan dan DAP tentang pelbagai perkara termasuk cadangan menggunakan dana zakat bagi pentadbiran negeri Selangor.
Tegas Dr. Mahfodz lagi, berbeza dengan UMNO biarpun UMNO menguasai negara, tidak ada dalam Perlembagaan UMNO yang menyebut parti itu memperjuangkan Islam.
"Sekarang ini disebut lagi dalam perhimpunan UMNO, yang mereka perjuangkan negara, bangsa dan agama. Itu hanya retorik dan cakap-cakap kosong. Kalau itu tak ada, bagaimana nak perjuangkan dan rasuah, penyelewengan, maksiat dan sebagainya," katanya.
Disebabkan itu katanya, negara akan jadi porak poranda jika tidak dikawal oleh agama.
Beliau menolak dakwaan Khairy kononnya PAS menggadaikan agama demi mencapai tujuan politik.
Dr. Mahfodz mendakwa, perjuangan PAS semakin mendapat sambutan kerana perjuangannya berlandaskan Islam. Dengan itu tegasnya, tidak betul sama sekali PAS mahu menggadai agama sebaliknya UMNO yang menggadaikan agama dan bangsa dan negara.
Contoh beliau menegaskan kes Pulau Batu Putih terlepas ke tangan Singapura akibatnya lemahnya pimpinan negara yang dipimpin oleh UMNO.
(Oleh ROY RASUL, Harakah 30 Syawal-3 Zulkaedah 1430 / 19-22 Oktober 2009, N11)
Baca lagi...
22 September 2009
MTQM POHON SUMBANGAN ORANG RAMAI
PENGENALAN
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi (MTQM) merupakan Maahad Tahfiz yang diusahakan secara sukarela dan profesional (non-profit marketing) anak tempatan untuk memartabatkan Al-Quran dengan menjadikannya sebagai satu pusat pengajian dan penghafalan al-quran seterusnya melahirkan para huffaz dan ulama’ yang wibawa, bertaqwa dan berakhlak mulia.
Bangunan MTQM yang telah dibina pada September 2003 mengandungi sebuah pejabat, bilik guru, dewan, surau, kantin, kedai koperasi dan 8 kelas pengajian. MTQM telah mula beroperasi pada awal 2004 dengan pengambilan pelajar sulung seramai 12 orang pelajar.

Bilangan pelajar mula meningkat dari tahun ke setahun dan sehingga sekarang MTQM mempunyai seramai 50 orang pelajar. Dan dalam masa 5 tahun kami menguruskan MTQM ini, kami telah berjaya melahirkan lebih 10 orang pelajar yang berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran.
CADANGAN MEMBINA SEBUAH BANGUNAN ASRAMA
Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah dari masa ke semasa, maka pihak MTQM bercadang untuk membina sebuah bangunan 2 tingkat yang boleh menempatkan seramai 120 orang pelajar bagi jangka masa akan datang. Selama ini para pelajar terpaksa ditempatkan buat sementara waktu di empat buah kelas pengajian di dalam bangunan pentadbiran maahad.
Perbelanjaan untuk membina bangunan tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 450,000.00 ( Ringgit Malaysia Empat Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja).
Oleh yang demikian, saya bagi pihak Lembaga Jemaah Pengurusan MTQM menyeru kepada Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan apalah kiranya dapat menghulurkan sumbangan dan derma untuk menjayakan cita-cita murni kami ini.
PENUTUP
Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 261 bermaksud
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, dan tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya”
Sumbangan tuan/puan itu bolehlah dibuat secara tunai, cek, money order, masukkan terus ke akaun atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi ke dalam akaun Bank Islam (Malaysia) Berhad: 01-023-01-003778-2.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan kami berdoa semoga Allah akan membalas dengan balasan yang berlipat kali ganda di atas sumbangan dan derma tuan/puan. Amin Ya rabbul Al-amin.
24 Ogos 2009
ISU SYURGA, NERAKA TIDAK PERLU DIPANJANGKAN
JOHOR BHARU (ISNIN, 24 OGOS 2009) - Pesuruhjaya PAS Johor, Prof. Dato' Dr. Mahfodz Mohamed menyifatkan isu syurga dan neraka daripada kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya diulas sesetengah pihak hingga ada yang menyifatkannya (Nik Aziz) "manusia luar biasa" dan memintanya bertaubat.
Beliau berkata, kenyataan juga tidak seharusnya diberikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin terhadap kenyataan Nik Aziz mengenai sesiapa yang menyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam, tanpa bertanyakan hal itu terlebih dulu kepada Nik Aziz.
"Jika hendak buat kenyataan terhadap kenyataan seseorang itu, mesti tanya dulu tuan punya diri dan saya juga tidak mahu ulas apa-apa kerana tiada di tempat kejadian dan saya sendiri belum berkesempatan bertanyakan hal ini kepada beliau (Nik Aziz)."
"PAS memang perjuangkan Islam dan UMNO berdasarkan perkauman. Pada dasarnya memang betul apa yang ditimbulkan Nik Aziz itu, isu syurga dan neraka ditujukan kepada mereka yang berbuat baik akan dibalas baik dan jahat dibalas jahat namun janganlah disalahfahamkan maksud yang cuba disampaikannya itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
(Dipetik dari Sinar Harian (Perak), Isnin 24 OGOS 2009, N7)

21 Ogos 2009
UMNO TAK PERTAHAN MELAYU, APATAH LAGI ISLAM
KUALA LUMPUR : Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed mendakwa perjuangan UMNO menyimpang jauh daripada dasar Islam dan parti itu bukan sahaja tidak pertahankan bangsa Melayu malah membiarkan Islam tanpa haluan.
Oleh sebab itu dakwanya, tidak hairan kalau UMNO tidak menghormati fatwa yang dikeluarkan mufti kerajaan yang didokong mereka sendiri kerana bagi mereka Islam itu sebagai topeng saja.
“Hanya di kulit yang mereka pegang Islam, yang lain suku-suku dan mana yang mereka hendak, dia ambil dan mana yang tidak mahu, mereka buang,” katanya semasa dihubungi Harakah.
Dakwanya, banyak isu-isu yang menghina Islam termasuk kes murtad di kalangan orang Melayu tidak dipedulikan UMNO. Sebalik beliau berkata, PAS yang tidak mempunyai kuasa autoriti melakukan bantahan untuk menyelamatkan orang Melayu supaya tidak mudah dipesong akidahnya oleh musuh Islam.
Malah katanya, dalam kes penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, orang UMNO dilihat tidak berani melakukan apa-apa tindakan.
“Orang PAS juga yang bertindak biarpun tidak ada apa-apa kuasa tetapi kita tunjukkan kepada masyarakat yang PAS pertahankan Islam.”
Tambahan pula katanya, selari dengan Perlembagaan PAS yang mendidik masyarakat Islam untuk memahami Islam. Katanya, tidak masuk akal jika UMNO mendakwa Pakatan Rakyat yang mengkhianati Melayu selama ini.
Beliau berkata, sejak merdeka cuti hari minggunya di negeri Johor jatuh pada Jumaat tetapi apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar dahulu beliau menukarnya kepada hari Ahad.
Tindakan tersebut katanya, seolah-olah tidak mahu iktiraf hari Jumaat hari minggu dalam Islam. Beliau mendakwa UMNO bukan saja tidak pertahan Islam malah bangsa Melayu pun direndah-rendahkan.
Ini jelasnya, dalam isu Bahasa Melayu dipertikaikan UMNO apabila dasar PPSMI dilaksanakan biarpun mendapat tentangan rakyat.
“Jika bangsa Melayu pun UMNO tidak pertahankan, jauh sekali dengan agama Islam,” tegasnya.
Dr. Mahfodz menegaskan, ramai orang Melayu melanggar hukum hakam Islam, contohnya minum arak, berjudi, tidak menutup aurat, dilekakan dengan program-program hiburan yang keterlaluan dan ini semua kerana UMNO tidak mahu ikut al-Quran dan Sunnah sebagai dasar pentadbiran.
(Fikrah Bil. 1466, 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430, 21-23 Ogos 2009)
Langgan:
Catatan (Atom)