09 Mac 2010

KUIZM : IMPIAN DIREALISASIKAN

Pejabat Agong PAS, KUALA LUMPUR : “Syukur... Alhamdulillah...”. Itulah ungkapan tertinggi yang mampu di gambarkan apabila akhirnya idea penubuhan universiti PAS hampir pasti menjadi kenyataan. Menghargai seorang tokoh perjuangan islam yang juga tokoh akademik, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) akhirnya di tubuhkan dengan meminjam nama beliau yang amat disegani sekitar tahun 1950-an, Prof. Dr. Zulkifli Muhammad.

Lembaga Khas Penubuhan Institut Pendidikan Tinggi(LKPIPT) PAS telah diamanahkan untuk merealisikan idea ini melalui naungan di bawah Dewan Ulama’ PAS Pusat telah berkerja keras hingga tinggal selangkah sahaja lagi KUIZM ini bakal dilancarkan tidak lama lagi. Saya selaku Pengerusi lembaga khas ini amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama merealisaikan KUIZM ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih tentu sekali untuk Dato’ Seri Presiden PAS dan AJK PAS Pusat serta khusus buat Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat yang tidak henti memberi dorongan dan galakan di atas penubuhan KUIZM.

Untuk makluman, KUIZM akan memulakan operasi dengan 2 Jurusan Kursus Diploma iaitu Kursus Diploma Muamalat dan Kewangan Islam serta Kursus Diploma Dakwah dan Komunikasi yang mana kedua-dua kursus ini mengambil masa pengajian selam 6 semester sahaja (3 tahun). Kedua-dua kursus ini amat penting dalam kehidupan umat, di mana sistem Islam ini telah diterima baik oleh masyarakat dunia perniagaan dan komunikasi hari ini. Insya-Allah pihak kami akan terus menambah Jurusan Kursus bersesuaian dari tahun ke tahun.

Berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dan beberapa kali menjadi pensyarah maktab perguruan, Dr. Shahbudin Ngah telah dilantik menjadi Rektor KUIZM pertama dan telah pun memulakan tugas sejak Jauari 2010 bagi melicinkan pelancaran KUIZM. Beliau merupakan pemegang Ph.D dalam bidang pendidikan.

Melalui perbincangan yang mendalam dan beberapa sesi mesyuarat, akhirnya Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar telah dipersetujui untuk dijadikan Kampus Utama KUIZM. Proses pembangunan dan pengubahsuain masih pesat dijalankan yang menelan belanja keseluruhan hampir RM 3 Juta bagi memenuhi keperluan struktur kampus seperti bilik pentadbiran, bilik kuliah, perpustakaan, musolla, asrama penempatan pelajar dan keperluan lain. Oleh itu, sumbangan orang ramai amat digalakkan dan diharapkan. Sumbangan boleh di salurkan terus kepada :

Akaun Akademi Pendidikan Zulkifli Muhammad
14041010074783 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Majlis Pelancaran KUIZM akan disempurnakan oleh Dato’ Seri Presiden PAS pada 14 Mac 2010, jam 4:00 petang, di tapak Kampus Utama KUIZM Taman Melewar. Tentunya jemputan khas adalah AJK PAS Pusat dan Dewan-Dewan PAS Pusat dan khususnya semua Dewan Ulama’ Negeri-Negeri di jemput hadir. Saya selaku Pengerusi LKPIPT yang juga Naib Ketua Dewan Ulama’, bagi pihak Ketua Dewan Ulama’, Dato’ Harun Taib, menjemput semua pendokong akademik serta PAS untuk sama-sama menghadirkan diri bagi merealisasikan kesungguhan kita dalam penubuhan KUIZM ini.

Sebarang kemusykilan, boleh merujuk kepada pihak kami melalui Dewan Ulama’ PAS Pusat-Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK)-LKPIPT, atau email : drmahfodz@gmail.com atau setiausaha kerja Dewan Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Wan Ahmad Rasyidi: 012-3484140.

DATO’ DR. MAHFODZ BIN MOHAMED
NAIB KETUA DEWAN ULAMA’ PAS PUSAT
PENGERUSI LEMBAGA KHAS PENUBUHAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Tiada ulasan: