08 April 2009

Keputusan PRK P059-Bukit Gantang

Saya bagi pihak PAS Johor, pertamanya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan kemenangan kepada PAS melalui calonnya YAB Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang juga Menteri Besar Perak (yang sah), dalam pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang baru-baru ni.

Saya juga mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan Ustaz Haji Ahmad Awang selaku Pesuruhjaya PAS Perak dan khususnya kepada YAB Dato' Seri Nizar Jamaluddin di atas kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRK baru-baru ni.

Dengan kemenangan ini membuktikan rakyat di Bukit Gantang khususnya dan rakyat Perak umumnya telah memberi sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, sekaligus menolak UMNO dan BN yang telah banyak melakukan kezaliman, salah guna kuasa dan penindasan, terutamanya kes rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh mereka terhadap kerajaan PR pimpinan YAB Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Saya menyeru kepada kepimpinan UMNO dan BN supaya sedar dan insaf bahawa rampasan kuasa yang dilakukannya itu melanggar prinsip-prinsip demokrasi dan undang-undang yang diamalkan di Malaysia sehingga menyebabkan keadaan di Perak bercelaru dan tidak tentu arah dan mengelirukan orang ramai dengan adanya dua orang Menteri Besar dalam satu negeri.

Sepatutnya jika mereka hendak mengambil alih kuasa, mereka boleh samada mengemukakan undi tidak percaya kepada YAB Dato' Seri Nizar Jamaluddin di Persidangan Dun Perak atau memohon perkenan Tuanku Paduka Sultan Perak untuk membubarkan DUN atau jika YAB Dato' Seri Nizar dengan kerelaannya sendiri meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Walaubagaimanapun hingga sekarang ketiga-tiga perkara tersebut tidak berlaku maka sahlah Dato' Seri Nizar masih kekal sebagai Menteri Besar Perak.

Dengan kemenangan Dato' Seri Nizar dalam PRK Bukit Gantang ini juga menjadi bukti jelas bahawa rakyat Perak khususnya pengundi-pengundi di Bukit Gantang begitu sayang dan menyokong penuh apa juga tindakan yang dilakukannya sebagai Menteri Besar dan sekaligus menolak UMNO dan BN. Maka tidak ada jalan lain bagi menyelesaikan krisis politik di negeri Perak melainkan dengan membubarkan DUN dan menyerahkan balik kepada rakyat Perak untuk memilih wakil rakyat mereka dengan mengadakan pilihanraya kecil di seluruh negeri.

Saya turut berada di kawasan parlimen Bukit Gantang lebih daripada 10 hari untuk mengepalai dan memantau petugas-petugas daripada PAS negeri Johor bagi membantu kempen pilihanraya yang diadakan dengan bermacam-macam cara dan pendekatan, di antaranya dengan berkempen dari rumah ke rumah, mengadakan jamuan rakyat dengan diselangi majlis sembang-sembang petang, dan mengadakan majlis-majlis ceramah kelompok terus kepada sasarannya.

Apa yang menarik perhatian saya ialah sokongan daripada masyarakat bukan Islam yang telah memberikan sokongan secara terang-terang, dengan kata-kata seperti kami sokong PAS, kami tak takut PAS, kami terima hukum hudud dan bermacam-macam lagi ungkapan. Malahan sehingga hari mengundi 7hb April lalu, yang secara kebetulan saya diamanahkan untuk memantau di SRJK(C) Pau Eng, dengan riak muka mereka semasa membuang undi saya dapat menyelami hati mereka bahawa kebanyakkan pengundi bukan Islam memberi undi mereka kepada Dato' Seri Nizar, malahan ada bekerja begitu keras sekali untuk memastikan pengundi cina keluar membuang undi dengan mengambil pengundi semasa dengan menggunakan kereta, motosikal, basikal dan lain-lain sehingga ke saat akhir sebelum pusat pengundian ditutup.

Satu lagi perkara yang sangat menarik dan membanggakan saya ialah lahirnya beberapa YB dari DAP Perak yang boleh membaca beberapa potong ayat Al-Quran walaupun mereka belum fasih lagi dan ramai lagi yang memetik terjemahan ayat-ayat Al-Quran. Ini adalah hasil dari kerjasama dan hubungan antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat yang baru terjalin dalam masa tidak sampai 1 tahun. Saya pernah bersama-sama dengan beberapa YB dari DAP dalam satu ceramah kelompok. Di antara mereka ada yang tengah menjelaskan isu yang dimainkan oleh UMNO/BN, kononnya Dato' Seri Nizar hanya memberi geran tanah kepada orang-orang cina sahaja lalu beliau menjelaskan secara terperinci iaitu Dato' Seri Nizar bukan sahaja memberi geran kepada orang-orang cina bahkan juga kepada orang-orang melayu yang keluasan tanahnya lebih besar lagi dan katanya Pakatan Rakyat memberi geran tanah itu kepada golongan miskin yang tidak mempunyai tapak tanah untuk kediaman tetapi kata YB itu ia berbeza dengan UMNO/BN yang mengurniakan tanah yang luas pada tauke-tauke cina seperti di Genting Highland, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan lain-lain. Untuk menguatkan hujah-hujahnya, YB tersebut memetik terjemahan ayat Al-Quran, surah al-Hasyar ayat 7 :"....(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu...". YB cina itu mampu menyebutkan ayat Al-Quran walaupun belum fasih dan menyebut terjemahannya itu untuk dijadikan hujah bahawa kekayaan itu tidak patut diberikan hanya kepada orang kaya seperti yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadap tauke-tauke cina tetapi kepada orang-orang miskin dan yang tidak berkemampuan UMNO/BN merampas tanah-tanah mereka.

Sebutan tidak fasih oleh YB cina itu bukan bertujuan untuk memperbodohkan orang-orang Islam seperti yang dilaporkan oleh seorang mufti negeri, jauh sekali untuk mempersendakan Al-Quran. Semasa beliau berucap, saya ada di situ dan mendengar sendiri. Ucapannya tidak langsung menyinggung perasaan orang Islam, bagi orang Islam yang hadir ketika itu ialah perasaan malu dan bangga kerana seorang cina bukan Islam boleh membaca dan memahami sebahagian daripada isi kandungan Al-Quran.

Bagaimana pula pandangan mufti terhadap orang-orang Islam yang fasih membaca Al-Quran tetapi tidak mahu menghayatinya malahan mempersendakan dan menghina Al-Quran dengan kata-kata seperti, "Kalau melaksanakan hukum Hudud akan berlaku huru hara", "Undang-undang Islam ketinggalan zaman tidak sesuai dijalankan di Malaysia", "Kalau nak hirup sup tangan dan kaki pergilah ke Kelantan". Terlalu banyak bentuk mempersendakan dan menghina Islam yang dilakukan oleh orang-orang UMNO terutama para pemimpinnya. Sepatutnya kita bersyukur banyak kerana sudah ada dikalangan bukan Islam yang boleh membaca Al-Quran walaupun belum fasih dan tidak takut pula mereka pada perjuangan Islam.

UMNO yang telah berkawan lebih dari 50 tahun dengan MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, "Apa yang telah kamu ajar kepada mereka?" Orang bukan Islam di dalam BN begitu tebal memusuhi Islam kerana UMNO tidak pernah berdakwah kepada mereka. Malahan UMNO sentiasa menakut-nakutkan kepada mereka tentang Islam. Manakala, PAS yang baru berkawan dengan DAP yang berusia setahun jagung, mereka telah boleh membaca Al-Quran walaupun tidak fasih dan boleh pula disertkan sekali dengan terjemahannya sebagai hujah untuk menjawab tohmahan UMNO.

Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada petugas-petugas PAS dari negeri Johor terutamanya Pengarah Operasi dan seluruh anggotanya yang telah bekerja bertungkus lumus tidak mengenal penat lelah membantu jentera pilihanraya PAS Perak bagi memastikan kemenangan calon PAS, tidak ketinggalan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Hj. Mansur, Pengerusi Surau Al-Ma'ruf di Taman Mawar 2, Simpang dan seluruh AJKnya yang telah memberikan kerjasama dan pertolongan kepada petugas-petugas dari Johor serta membenarkan kami berkhemah di Surau tersebut begitu juga kepada Ketua UPU Pengkalan Aur dan kepimpinannya yang telah memberikan kerjasama yang penuh dan tunjuk ajar kepada petugas-petugas kami.

Saya juga ingin menghulurkan sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya saya dan petugas-petugas kami dari Johor ada melakukan kesalahan dan kesilapan semasa samada secara sengaja atau tidak sepanjang kami berada Surau Al-Ma'ruf dan segala makan minum minta sama-sama dihalalkan. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Ilahi semoga kerja-kerja yang tidak seberapa ini diterima Allah sebagai amal soleh, mendapat keberkatan dan diredhai oleh Allah s.w.t.

TAKBIR!!!
Baca lagi...

30 Mac 2009

Kisah Benar di Masjid Simpang, Taiping

Saya menerima tel sahabat bertanyakan tentang kejadian "Rampasan Kuasa" di satu Masjid di Bukit Gantang. Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS- DS Nizar Jamaludin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taipig... Cantikkk. Imamnya adalah sahabat baik saya...

Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur... " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada,. Memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali didapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa.)Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyidin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan Pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya usatz MPT- Terompah le tu ustaz jelmaan -MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat " wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.

Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah... Lepas ni mungkin kena pecat le ana.... Beliau menghabiskan cerita... Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya....

Kesimpulan; Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu.
Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... Zamri.... Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayaiiii

Nak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagiiii.maaf le... Cerita penuh juge ada dalam Al Banjari sahabt yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada Setpol pun ada...macam macam ada.. -anaksengat
Baca lagi...

07 Mac 2009

22 Februari 2009

Misi Bantuan Kemanusiaan PAS Johor Kepada Rakyat Palestin

Saya dan beberapa pimpinan PAS Johor termasuk Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Atan Gombang, Ketua Dewan Ulama Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Pemuda saudara Khairul Faizi dan Ketua Penerangan Saudara Mazlan Aliman dan beberapa orang lagi telah bertolak ke Cairo pada 14 Februari yang lalu (Sabtu) jam 10:30 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Tujuan pemergian ke Cairo adalah untuk menyampaikan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin dan juga untuk melihat sendiri keadaan apa yang berlaku di Gaza dan juga kekejazaman yang dilakukan oleh rejim Yahudi.


Selain daripada itu, rombongan ini juga mengambil peluang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir khususnya daripada Johor.


Pada hari Selasa bersamaan 17 Februari, kami telah cuba untuk pergi ke Gaza melalui bandar Arish dan sampai ke Rafah pada pagi Rabu 18 Februari. Tetapi kami menghadapi beberapa kesukaran kerana sekatan-sekatan polis yang banyak hingga ke bandar Arish.


Dan apabila sampai ke Rafah, kami sekali lagi telah berunding dan merayu kepada pihak pegawai keselamatan di sempadan tetapi gagal juga akhirnya untuk kita sampai di Gaza kerana kerajaan Mesir telah menutup pintu sempadan ke Gaza.


Dalam perjalanan pulang dari Rafah, kami cuba juga untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel di hospital-hospital di Ismailiyah dan kami telah membuat temu janji dengan seorang doktor untuk kita terus dapat menyampaikan hadiah secara langsung kepada mangsa-mangsa tersebut.


Secara tidak kami sedari, pihak mata-mata gelap Mesir telah menyambut kedatangan kami dan saya beserta Ustaz Abdullah telah disoal siasat lebih daripada 3 jam. Sehingga akhirnya kami juga gagal menyampaikan bantuan secara langsung kepada mangsa-mangsa di hospital.


Lalu saya telah membuat keputusan untuk pergi ke Syria pada hari Rabu untuk menyampaikan secara langsung bantuan kewangan tersebut kepada pihak Hamas di Syria.


Dan akhirnya saya dan Ustaz Abdullah telah dapat bertemu dengan wakil Hamas di Syria dan menyerahkan bantuan tersebut pada pagi hari Khamis (19 Februari).


Kami berdua berada di Syria selama 24 jam, bertolak ke Syria pada hari Rabu jam 5 petang dan kembali semula ke Cairo pada petang hari Khamis jam 6 petang.


Semasa kami berada di kedua-dua negara tersebut, kami sempat bertemu dan berbincang dengan pelajar Malaysia di Syria dan juga pimpinan pelajar-pelajar Johor di Cairo.


Dalam misi tersebut, saya sebagai ketua rombongan telah membawa pimpinan melawat ke Universiti al-Azhar dan solat Jumaat di Masjid al-Azhar, melawat Masjid Saidina Hussein, Maqam dan Masjid Imam al-Syafie, Masjid 'Amru bin al-'As, Masjid Sultan Hassan dan lain-lain tempat bersejarah di Mesir.


Saya dan anggota rombongan berasa sangat kecewa terhadap pihak berkuasa Mesir, bukan sahaja tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya, tetapi juga menghalang kami dan ramai lagi misi-misi bantuan kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan secara langsung kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel dan juga untuk melihat sendiri apa yang berlaku di Gaza.

Mungkin ini kerana kerajaan Mesir tidak memberikan sokongan yang jelas kepada perjuangan rakyat Palestin khususnya kepada kerajaan Hamas.


Manakala pihak berwajib di Syria tidak melakukan apa-apa halangan, malahan memberi penuh kerjasama kepada kumpulan-kumpulan bantuan kemanusiaan.


Dan sebab itulah kami dapat bertemu dengan pimpinan Hamas kerana kerajaan Syria menyokong perjuangan rakyat Palestin, dan sebab itulah Hamas dibenarkan bergerak di Syria.

Baca lagi...

21 Februari 2009

Pesuruhjaya PAS Johor Menziarahi Umat Islam Gaza...

14 Feb (Sabtu) Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato' Dr Mahfodz Mohamed bersama dengan ahli rombongannya telah selamat bertolak ke Mesir untuk menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada umat Islam di Gaza, Palestin. Rombongan beliau seramai 10 orang dijangka tiba semula ke tanah air pada malam 21 Februari di Kuala Lumpur International Airport.
Baca lagi...

13 Februari 2009

Pilihan raya kecil serentak Bukit Gantang, Bukit Selambau

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diadakan serentak iaitu pada 7 April depan.

Tarikh penamaan calon pula telah ditetapkan pada 29 Mac. Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di ibu pejabatnya di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil bagi kawasan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat serangan jantung, selepas terjatuh daripada basikal yang dinaikinya ketika dalam perjalanan ke farmasi berdekatan Batu Gajah, Perak Isnin lalu. (mstar)
Baca lagi...

09 Februari 2009

Konflik di Perak

Dalam masa seminggu ini saya telah 2 kali ke Perak. Pertamanya adalah pada 5hb Febuari (jemputan menunaikan solat hajat SELAMATKAN KERAJAAN PR di kediaman rasmi MB) dan yang kedua kalinya adalah pada 8hb Febuari (mesyuarat PAS Pusat).

Dari apa yang saya lihat, baca dan dengar, saya amat mengkagumi ketabahan yang ditunjukkan oleh DS Nizar Jamaluddin dengan apa yang dilaluinya bersama para pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat di Perak. Bermula dari peristiwa dia dijatuhkan secara kejam sehinggalah peristiwa dia dihalau keluar dari pejabatnya di bangunan SUK oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Dia sentiasa mampu untuk melemparkan senyuman dan berjenaka kepada para wartawan dan penyokong yang berada di sekelilingnya.

Saya tidak berniat untuk mengulas tentang konflik yang berlaku itu, tetapi sekadar berkongsi video-video tersebut untuk tatapan semua.

(05/02/09) Penyokong kerajaan Pakatan Rakyat Perak berkumpul di hadapan kediaman rasmi MB.

(06/02/09) MB Nizar datang kerja seperti biasa pada pagi Jumaat.

(06/02/09) Demonstrasi bantahan bermula selepas solat Jumaat di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar.

(07/02/09) MB Nizar masih sempat mempengerusikan Mesyuarat Khas EXCO di kediaman rasmi MB dan telah meluluskan 4 usul untuk dilaksanakan kerajaan negeri.
Baca lagi...